✿ChentaFlorish✿

Thursday 26 November 2020

List barang keperluan ibu dan bayi ke hospital sebelum bersalin.


Masya-Allah punya la lama tak update blog ni. Akhir nya jumpa sedikit ruang untuk create entry kali ni. Been busy with work, new life (Marriage life) , and some other new routine , and finally manage to get some time jenguk blog yang lama ditinggalkan ni.
Alhamdulillah, i am pregnant and carrying a baby in my womb, sekarang masuk bulan ke-8 . Agak nervous menanti masa baby melompat-lompat nak keluar jumpa mama and papa dia. :P But alhamdulillah and we are excited to have you in our arms.

i have been googling and looking up for barang-barang keperluan untuk ibu dan bayi di hospital nanti. So i wont missed out anything bila dekat sana nanti, Jadi coretan kali ni is summary (not too short) untuk new mommy macam kita 😇
Nota kaki : Coretan ni bukan berdasarkan pengalaman sendiri tetapi melalui pengalaman-pengalaman sahabat yang dah melahirkan anak , individu berpengalaman (mak-mak) dan observation ye :P so mana yang sesuai boleh diambil sebagai rujukan. InsyaAllah

Well, haritu sebenarnya ada ternampak update dekat facebook dan Instagram tentang list barangi bu dan bayi ke hospital sebelum bersalin.  Kita mulakan dulu dengan barang-barang newborn yang betul-betul penting nak bawak ke hospital ok.


Barang2 keperluan baby 

1) Baju newborn 6 helai - Kebaisaan nya akan dipack lebih as a backup. Well untuk baju newborn ni i prefer something yang berlengan panjang and jenis butang/atau berzip. Senang nak tukarkan pampers sekali bukak je then katup balik. ( make sure lepas beli tu basuh dulu sebelum pack... sebab ada terbaca dekat satu entry pasal chemical dekat baju baru yang help the baju to stay new. so that layer need to be remove supaya kulit baby terselamat dari bahan-bahan kimia. kulit baby ni kan suci dan bersih). 



2) Pampers newborn - Yang ni pengalaman suami sendiri berkongsi pengalaman menjadi bapa kepada 5 orang anak -masa 1st time bersalin,baby newborn ni banyak kali berak-kencing. Dalam sehari lebih 10x akan bertukar ganti pampers. So pilih je pampers brand drypers newborn,  for me sangat berbaloi kalau pakai untuk newborn baby. Jimat pun jimat, murah pun murah, kualiti pun elok dan tiptop. Bila baby dah besar sikit nak pakai yang pricey sikit macam Mamy Poko takde hal. Kalau ikut excited new mom to be ni, kalau boleh semestinya mahukan yang terbaik, namun harus diingat dalam berbelanja kena ada limit dan haruslah bersesuaian dengan keadaan ye :) 

3) Sarung tangan baby dan stokin baby - Bawak ala kadar je.  Since bawah 6 pasang baju baby, so 6 pasang la sarung tangan and kaki tu .. KAHKAHKAH. sebab nanti baby duduk dalam bedung jugak kan. janji dia x garu muka dia and tak nak baby sejuk. beli pair-pair mcm ni.. senang nak pair kan dengan set baju dia nanti (tak perlu pair mcm ni pun sebenarnya-ni mengada-ngada namanya). kihkihkih




4) Wet tissue - Nak bawak banyak pun boleh sebab nanti baby banyak kali akan berak dan kencing. Rasanya 2-3 paket dan cukup sebab kalau bersalin normal pun 2 hari je kat hospital, kalau ceaser paling singkat pun 3 hari lah. Kalau tak cukup, dekat kedai bawah hospital tu pun ada.

 5) Bedung baby - Bawak 2-3 helai pun dah cukup memadai. 

6) Sapu tangan baby - Bawak dalam 2-3 helai kot-kot lah nak lap mulut baby bila lepas menyusu/muntah susu. 

7) Towel baby - Bawa dalam 2 helai. Backup je tu biasanya hospital ada towel sendiri untuk bayi baru lahir ni.

8) Barut baby - beli size yang untuk new born tau.. kesian baby nanti kalau size yang besar2 bergerak-gerak barut nya nanti.. :D 


9)  Zipper bag plastic IKEA Semua ni aku packing dalam tu sebab nak nampak lebih tersusun dan memudahkan husband bila nak tolong ambil dalam diaper bag nanti. Ala tau-tau je lah, husband kadang-kadang dia jadi kalut sikit bila tengok barang2 dalam bag yang isteri dia dah pack kan. 


Gambar pinjam dari blog Sirap Limau 






Ok kita masuk pulak bab barang Keperluan Si ibu nak bawak pegi hospital. Selalunya aku bawak terus luggage, tp size kecik lah. Dan bawak jugak lah paperbag pegang dekat tangan untuk letak makanan.Oihh makanan tu paling penting! haha. 


BAG SI IBU

Tahun 2020 bukan tahun yang mudah untuk kita semua. Covid-19 pasti mengubah hidup seluruh dunia. Jadi procedure untuk Covid 19 sedikit strict. Mom-mom kena go thru SWAB Test. Jadinya kena stay in / check in Hospital 2 hari lebih awal while waiting for Covid result.

1) Nursing bra & panties - (susun dalam zipper bag Ikea tu)

2) Maternity pad - well, brand yang selalu disebut-sebut oleh mom-mom adalah Madame. jadi kita beli yang tu la bawa pergi hospital. Tapi ramai juga yang suggest untuk pakai overnight pad lebih selesa namun penukaran pad perlu la lebih kerap supaya tidak leaking :) 




3) Toiletries - Yang ni bawak dan susun siap-siap dalam bag mini travel toiletries tu. Senang. Ada berus dan ubat gigi, cleanser, sikat,shower gel, skincare (ikut yang korang rasa perlu bawak lah), intimate wash.

4) Towel

5) Stokin tebal

6) Sweater

7) Kain batik

8) Minyak panas 

9) Nipple cream 


10) Selipar toilet - Selipar ni for me penting sebab masa bersalin yang lepas terlupa nak bawak. Dan jadi satu keje pakai sandal jalan bawak masuk toilet. Kembang terus sandal T___T 

11) Tudung sarung 2-3 helai. 

12) Pakaian hospital - Beberapa helai baju, palazo kembang (optional), dan skirt labuh. Jangan lupa bawak sepersalinan baju untuk balik dr hospital.


13) Pump susu - Pump susu tu biasanya akan sangat-sangat berjasa kepada mom-mom. Tak sia-sia pujuk husband semata-mata nak beli breast pump. Dalam shopee banyak yang murah-murah tapi how good the suction tu, im not sure. So we decided to buy Spectra 9Plus after pergi dengar explanation di Pump on the go. (PumpOnTheGo-central point to learn and test the pump-detail explaination depa bagi tau). So finally we decided to buy Spectra 9 plus 


 

Lain2 yang penting (tiada dalam gambar)

Kad pengenalan 
Buku rekod kehamilan
Kurma dan air zam-zam
Makanan dan minuman
Mini Al-Quran (sekarang dah senang sebab boleh pakai apps dalam handset je)
Charger phone


haaaa.... rasanya itu sahaja yang penting untuk dibawa ke hospital bagi ibu dan bayi.. (Pssstt :jngn la dilupakan baju husband kita skali ya) . 
harap entry kali ini membantu semua mom to be untuk siap siaga barang-barang keperluan. Pack awal-awal ya. masuk 7 bulan dah ready dengan bag kecemasan tu. Bila sampai masa grab sahaja bag tu and ready to go! 
Semoga semua ibu-ibu yang bakal melahirkan anak selamat dan sihat-sihat hendaknya :) 

1 comment:

  1. Semoga dipermudahkan urusan cik amy...and dikurniakan baby yg comel & sihat... ❤️��

    ReplyDelete


KITA BORAK KAT SINI